Customer tanya pukul 2 pagi. Bot anda yang jawab.

ViralOSBot balas WhatsApp customer anda 24 jam, ikut aliran jualan anda sendiri: sapa, terangkan produk, beri harga, ambil order, dan kejar semula customer yang senyap.

Tempoh percubaan percuma. Guna nombor WhatsApp anda sendiri dan akaun OpenRouter untuk kos AI.

KM
Kedai Kek Miradibalas oleh ViralOSBot
Salam, kek coklat moist ada saiz 1kg tak?
Waalaikumussalam puan! Ada, kek coklat moist 1kg RM85. Puan nak untuk majlis apa? 😊
Birthday anak hari Sabtu ni
Coklat Moist 1kg

Sesuai sangat untuk birthday. Boleh tulis nama anak atas kek, percuma.1. Nak order2. Tanya lagi

1
Baik puan. Boleh beri nama, alamat penghantaran dan nama anak untuk ditulis atas kek?
Order disimpan di panel: kek 1kg, RM85

Kenapa ramai lead tak jadi jualan

Customer yang tak dibalas cepat selalunya terus cari kedai lain.

Iklan dah bayar, customer dah mesej. Yang hilang ialah balasan yang cepat, konsisten dan tahu bila nak tutup jualan.

  • MalamCustomer mesej masa anda tidur. Esok pagi dia dah beli di tempat lain.
  • SibukAnda sedang bungkus barang, pos atau berniaga di tempat lain. Mesej bertimbun.
  • SenyapCustomer tanya harga, kemudian hilang. Tiada siapa ingat untuk follow-up.
  • TeamSetiap admin jawab dengan gaya sendiri. Ada yang lupa bagi harga promosi, ada yang terlebih diskaun.

Cuba sendiri

Tanya bot ni macam customer anda bertanya.

Tekan soalan di bawah dan tengok cara bot Kedai Kek Mira menjawab. Bot anda nanti menjawab ikut produk, harga dan gaya bahasa yang anda tetapkan.

Ini demo dengan jawapan contoh. Bot sebenar menjawab apa sahaja soalan, bukan hanya pilihan ini.

KM
Kedai Kek Miradibalas oleh ViralOSBot
Tekan satu soalan untuk mula

Apa ViralOSBot buat

Macam admin jualan yang tak pernah cuti, dan ikut skrip anda.

Balas ikut aliran jualan anda

Anda tulis peringkat jualan sekali: sapa, faham masalah, terang produk, harga, ambil order. Bot ikut turutan itu untuk setiap customer.

Simpan nama, alamat dan order

Maklumat penting customer disimpan sendiri dalam panel. Order yang disahkan terus dikira dalam jumlah jualan.

Kejar customer yang senyap

Customer senyap selepas tanya harga? Bot hantar mesej susulan ikut masa yang anda tetapkan, dan berhenti sendiri bila dia membalas.

Hantar gambar, video dan voice note

Upload gambar produk, video demo atau testimoni sekali. Bot hantar pada masa yang sesuai dalam perbualan.

Anda ambil alih bila perlu

Taip cmd dalam chat customer dan bot berhenti. Taip dmc untuk serah balik. Boleh juga dikawal dari telefon peribadi anda.

Nampak berapa lead jadi jualan

Dashboard tunjuk lead masuk, berapa yang membalas, berapa yang close, dan jumlah jualan, ikut tarikh dan peringkat.

Follow-up automatik

Customer yang senyap bukan bermakna tak berminat.

Selalunya mereka terlupa, atau sedang sibuk. Satu mesej susulan pada masa yang sesuai sudah cukup untuk sambung semula perbualan.

Tanpa follow-up Lead hilang
Berapa harga kek 1kg?
RM85 puan. Nak order?
Customer senyap
3 hari kemudian
Puan, jadi tak order?

Customer dah beli kek di kedai lain untuk majlis Sabtu.

Dengan ViralOSBot Jadi order
Berapa harga kek 1kg?
Kek coklat moist 1kg RM85 puan. Untuk majlis bila?
Customer senyap 1 jam
Hai Puan Aina, slot Sabtu tinggal 3 sahaja. Nak saya simpankan satu?1. Ya, simpan2. Nanti dulu
1

Slot disimpan, order masuk panel. Follow-up berhenti sendiri bila customer membalas.

Kira sendiri

Berapa jualan terlepas sebab mesej lambat dibalas?

Masukkan nombor bisnes anda. Semua dikira di skrin ini, tiada apa-apa dihantar.

Anggaran jualan terlepas sebulan

RM0

Anggaran kasar berdasarkan nombor anda sendiri. Hasil sebenar bergantung pada produk, harga dan prompt anda.

Sesuai untuk siapa

Kalau customer anda bertanya melalui WhatsApp, bot ini untuk anda.

Peniaga online & TikTok Shop

Jawab soalan stok, harga dan penghantaran, kemudian terus ambil order.

"Ada stok lagi? Boleh COD?"

Makanan, kek & katering

Ambil tempahan ikut tarikh, saiz dan pilihan perisa tanpa salah catat.

"Boleh tempah untuk hari Sabtu?"

Klinik, salon & spa

Terangkan servis dan harga, semak waktu operasi, dan rekod tempahan slot.

"Ada slot petang esok?"

Hartanah & insurans

Tapis prospek dengan soalan bajet dan lokasi sebelum anda telefon mereka.

"Rumah ni masih available?"

Kursus & coaching

Terangkan modul, jadual kelas dan cara bayaran, kemudian hantar link daftar.

"Kelas seterusnya bila?"

Umrah & pelancongan

Kongsi pakej, gambar dan harga, dan kumpul maklumat jemaah yang berminat.

"Pakej Disember berapa seorang?"

Bandingkan

Admin tetap penting. Bot jaga waktu yang admin tak sempat.

Admin sahajaDengan ViralOSBot
Waktu menjawabWaktu kerja, kira-kira 8 hingga 10 jam sehari24 jam setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum
Masa untuk membalasBergantung pada berapa sibuk admin ketika ituBeberapa saat, walaupun banyak customer mesej serentak
Follow-up customer senyapSelalu terlupa bila mesej bertimbunAutomatik ikut jadual, berhenti bila customer membalas
KonsistenSetiap admin ada gaya dan harga sendiriIkut skrip, harga dan promosi yang anda tetapkan
Rekod customerBertabur dalam chat dan buku notaNama, alamat dan order tersimpan di panel, boleh muat turun CSV
Kos sebulanGaji admin sepenuh masaDari RM35 sebulan, tambah kos AI di akaun OpenRouter anda

Cara mula

Bot anda boleh mula menjawab hari ini.

  1. Daftar akaun

    Dengan emel. Tempoh percubaan bermula terus.

  2. Scan QR WhatsApp

    Sama macam buka WhatsApp Web. Nombor anda kekal, telefon anda kekal.

  3. Guna contoh prompt

    Tukar nama produk, harga dan soalan lazim kepada milik anda. Uji dulu di Playground.

  4. Bot mula menjawab

    Pantau perbualan dan jualan dari panel. Ambil alih bila-bila masa.

Harga

Bayar bulanan. Tiada kontrak, tiada caj automatik.

Starter

RM35/ 30 hari
  • 1 nombor WhatsApp
Mula dengan Starter
Paling popular

Pro

RM65/ 30 hari
  • 2 nombor WhatsApp
Mula dengan Pro

Premium

RM95/ 30 hari
  • 3 nombor WhatsApp
Mula dengan Premium

Semua pelan termasuk chatbot AI, follow-up automatik, Bank Image, dashboard dan Playground. Bayar melalui QR DuitNow dalam panel. Kos AI dibayar terus kepada OpenRouter guna akaun anda sendiri, dan anda boleh hadkan bilangan balasan AI bagi setiap customer sehari.

Soalan lazim

Sebelum anda mula

Perlu nombor WhatsApp baru ke?

Tidak. Anda guna nombor WhatsApp atau WhatsApp Business sedia ada. Bot disambung melalui Peranti Terpaut, sama macam WhatsApp Web, jadi telefon anda masih boleh digunakan seperti biasa.

Laptop saya kena hidup ke?

Tidak. ViralOSBot berjalan di server kami 24 jam. Anda cuma buka panel bila nak ubah prompt atau semak jualan, dari telefon atau laptop.

Apa itu OpenRouter dan kenapa perlu?

OpenRouter ialah perkhidmatan yang menyediakan model AI. Anda daftar, tambah kredit sendiri, dan masukkan API key dalam panel. Dengan cara ini kos AI telus: anda nampak sendiri setiap sen yang digunakan, dan boleh pilih model yang lebih murah. Panel ada panduan langkah demi langkah.

Bot boleh reka harga atau janji yang salah?

Bot diarah supaya hanya guna harga dan maklumat yang anda tulis dalam prompt, dan menjawab "saya semak dengan team dulu" bila tak pasti. Uji prompt anda di Playground sebelum guna dengan customer sebenar, dan semak perbualan di panel.

Ada risiko nombor disekat WhatsApp?

Sambungan melalui scan QR bukan API rasmi WhatsApp, jadi risiko itu wujud, terutamanya untuk nombor baru yang menghantar terlalu banyak mesej. ViralOSBot hanya membalas customer yang mesej anda dahulu, menaip dengan jeda seperti manusia, dan secara lalai tidak menghantar follow-up waktu malam. Elakkan guna untuk broadcast kepada nombor yang tak pernah menghubungi anda.

Macam mana nak bayar dan berhenti langganan?

Pilih pelan dalam panel, scan QR DuitNow, dan upload resit. Langganan aktif selepas bayaran disahkan. Tiada caj automatik: kalau tak diperbaharui, bot berhenti membalas pada tarikh tamat dan data anda kekal kalau nak sambung semula.

Biar bot jaga WhatsApp. Anda jaga bisnes.

Daftar sekarang dan cuba dengan customer sebenar anda.

Bot WhatsApp yang menjual 24 jamCuba percuma